Allahuakbar..
assalamualaikum semua...
mcm biasa tiap mlm2 aku online fb aku
scroll punya scroll aku ternampak someone share post pasal 6 remaja yang mati akibat dadah mase dtg konsert fmfa kat bukit jalil..
aku pun ape lagi dengan lajunya cari incik google
bila aku tgk je gmbar remaja melayu yang meninggal dsbbkan overdose dadah tu air mata aku terus mengalir..
dah nama melayu semestinya islam ..
ALLAH...
mengalir air mata aku sbb aku tau cara malaikat maut jemput dia amat menyeksakan ..
kedua sbb aku kesian sgt dengan Nabi aku Nabi Muhammad s.a.w ..
Ya Allah ramainya umat nabi yang bercampur lelaki perempuan , berhimpun dalam keadaan berbaju tapi telanjang , berhimpun dalam keadaan mengejar syurga dunia..
Tidak pernah sampaikah kepada mereka ayat2 Allah yang menerangkan azab2 Allah di neraka kelak..
Tidak pernah dengarkah mereka betapa banyak pengorbanan yang dilakukan kekasih Allah hanya kerana cintanya yang tinggi kepada umatnya..
Tidak pedulikah mereka betapa lama Nabi ku bersujud hanya kerana meminta keampunan untuk umatnya..
Ya Allah .. aku tak mampu berkata2 yang indah2
namun aku berharap dan aku mohon ya Allah..
jgn jadikan aku dan keluarga ku dalam golongan org2 yang mengecewakan kekasihMu Muhammad
jgn jadikan kami golongan yang mensia2kan airmata Nabi Muhammad
jgn jadikan kami golongan yang mendapat kemurkaan mu ya ALLAH
Ya ALLAH Nabi ku Muhammad berdoa selama berjam2 , merintih , merayu , bersujud pada Mu semata2 meminta Engkau mengampunkan dosa kami umatnya !!! kami umatnya !!! termasuk puluhan ribu yang melakukan maksiat itu !!! umatnya ya ALLAH.. :'(
Kelak di akhirat apabila engkau paparkan ngauman neraka mu pada keseluruhan hamba2 mu cuma dialah Muhammad s.a.w satu2nya nabi yang meminta Engkau menyelamatkan kami umatnya dari neraka itu..
berbanding dirinya sendiri...
tapi mengapa ya Allah..
mengapa ini yang mereka balas atas pengorbanannya???!!!
mengapa mereka sanggup melukakan hatinya ??!!
Allahuakbar..
kasihanilah Nabi kita rakan taulan... :'(
kerana pengorbananya kita bergelar Islam..
kerana dirinya kita lebih disayangi Allah berbanding umat yang lain
Allahumma salli ala muhammad wa'ala alihi saydina muhammad
Moga aku antara umat yang dicintai baginda..
Aku merindui mu Ya Rasulullah..