Wednesday, 24 September 2014

Aku khuatir.. aku makin jauh..


Allahumma salli alaa saidina muhammad waala alihi saidina muhammad..
Assalamualaikum pembaca setia (kalau ade la ..)

hari ini tepat pukul 12.45, entah apa yg menarik aku untuk menaip..
seperti yg ade pada tajuk aku memang sedang menjauh..
dari siapa ?
dari Dia sang Pencipta sekalian alam :'(

entah kenapa.. 
iman yg ada dalam diri ini ku rasakan seperti bukan lagi milik aku
entah kenapa aku rasa 
lemah
jatuh
sakit
kecewa
terluka
segalanya bercampur aduk 
baik dunia mahupun akhirat
hinggakan aku gundah gulana 
tak tahu ape yg sedang terjadi
......

aku menangis
diam
aku tahu diri ini terlampau dimanja Tuhan
tp aku masih lemah
dengan ujian kecil itu ?
ye dgn ujian itu..

apa..? ujian ape yg sedang aku lalui ?
tak perlulah
malu rasanya berkongsi ujian yg remeh ini
tapi aku tak kuat lalui..
hingga kan rasanya aku kembali menjadi yg dulu 
yg malas ..

malas ? 
ye MALAS !
tatkala azan
aku memilih hal dunia
tatkala azan 
aku memilih utk mkn
tatkala azan 
aku memilih untuk tidur
tatkala azan 
aku memilih untuk tangguh
hingga akhirnya 
berbukit aku mengumpul dosa

lelah
aku lelah sgt
aku tertanya
aku tahu berdosa 
tetapi knp aku abaikan
seolah2 syurga itu ada di tangan

menangis
berkali aku cuba
knp begini
knp aku lemah
sehingga akhirnya tiada manis dalam ibadah
tiada lagi tangis dlm doa
aku sedang FUTUR 

aku tahu tp aku biarkan :'(
Masyaallah malu..
malu pada Allah
aku kata rindu
tp ap yg aku buat ?
aku kata takut azab ? 
tp itu yg aku kejar..
aku kata cukup hanya Cinta Allah di hati
tetapi knp perlu terluka dan terguris
knp
.............

dosa 
taubat
dosa
taubat
dosa 
taubat

seringkali hal itu berulang

.. ye benar..
'Allah menjadikan hambaNya seorg pendosa kadangkala hanya kerana ingin dia kembali'

..ye benar..
'berbuat dosa ,taubat kemudian kembali bertaubat, kemudian berdosa dan kembali bertaubat.. Allah sentiasa sedia mengampunkan'

tapi bukankah
ini juga benar..
"Manusia yg paling bodoh adalah manusia yang mengetahui Allah itu Maha Pengampun dan menjadikannya alasan utk melakukan dosa "
Allah :'(

Bagaimana jika INSAN BODOH itu aku ?!!

aku ingin bertemu Dia
jujur aku merinduiNya

tapi..
 knp diri
knp hati
knp iman
knp mudah sekali engkau kecundang :'(
knp kau biar iblis berkuasa..
tolonglah kuat..
demi kemanisan yang diri ini sendiri nantikan
bertemu Tuhan yang satu ..
Allah
aku rindu


bantu aku :'(

Sunday, 1 June 2014

Tips nak lupakan EX

Assalamualaikum semua..
sebelum start dgn madah aku eloklah kita berselawat dulu
Allahumma salli aala saydina muhammad wa'alaa alihii muhammad..

wokeh sebelum diberikan cahaya hidayah dari Allah untuk hamba sehina aku..
aku mengaku aku juga pernah jahil
bab2 couple maple ni dah komfem bin sah aku pernah lalui..

panggilan b, baby
abg , syg
mama, papa
mummy , daddy
n yg sewaktu dgnnya lah..
geli plak nk ingat lebih2..

Ya Allah
bila fikir dn terkenang bape banyak zina aku dah penah buat..
ingat balik bape bnyak dosa aku pnh buat
rasenya tak layak diri ini meminta syurga kat Allah..
malu sgt nk tadah tangan doa kat Allah..

tp itulah Allah
cukup kasih dan cinta buat hambaNya tak pernah putus
kalau tak kerana rahmat Allah yg Maha luas
aku takkan peroleh jalan kembali pulang.

opss sory2 terlajak citer plak
ok sambung topiks
bila nk berubah ni..
kebetulan masa tu aku baru je putus couple..

dah nama pun crying princess
ecececeh muntah sat
dah tentu2lah keja aku bila part2 mcm ni jadi menangis je memanjang..

pecaya atau tidak mase aku fom 3 berat aku 78kg
bila menangis tiap2 mlm sbb jantan boleh turun 57 kg pada keesokan tahunnya..
ish,ish,ish betapa beballl nya aku dulu..

bila da keje aku menangis je memanjang aku pun mintak pendapat sahabat baik aku
insyaAllah sahabat dunia dan akhirat aku
aku tanye dy mcm mane kau bole lupakan ex kau mcm tu je tak menangis pun..

yelah..
sbb kwn aku pun ade pengalaman jahil mcm aku jugak..
dy pernah bercouple nk 4 tahun tp putus..
msing2 cukup baik .. tak pnah jumpa tapi cukup 'sweet,sour ,bitter dan bagai lg..
yg lelaki bg aku baik dan setia sbb walaupun jauh n tak pnah jumpa masih nak dgn kwn aku ni..
infact mase dorg putus aku pnah marah n maki kwn aku
aku ckp dia bodoh sbb tinggalkan laki yg setia mcm tu..
bila aku tanye knp nk putus..
jwpan yg dia bg cukup menyentap hati aku..

"aku putus dengan dia KERANA ALLAH''

hari demi hari
aku tgk kwn aku ni dy rilex je..
tak nangis, tak sedih , happy je
yg lelaki plak meroyan mcm bapuk hilang teddy bearnya..

dsbbkan tu
aku pun tanye kwn aku petua apa dia pakai untuk lupakan ex dy
sbb normal lah kan
sape yg tak sedih bila lalui situasi2 mcm ni

kwn aku ckp ..
"kalau kau betol2 niat nk berubah sbb Allah,
cuba bercinta dgn Allah.. kat kepala otak n hati kau asyik ingat Allah je memanjang.. pecaya ckp aku , kau boleh lupakan dy mcm tu je.. takde nangs2 ke tekenang ke , pebenda ke.. "

and guess what
ape yg kwn aku ckp betol
kau kena bercinta dgn Allah ..
aku dah cuba

terbukti bila aku takde nk nangis tgk pic ex aku
dgr lagu jiwang2 pun tak bg kesan pape
teringat kenangan lalu hanya buat aku rasa jijik yg amat !!!
Allahuakbar..

so kwn2..
post kali ni khas untuk korg yg baru putus couple n frust menongeng
daripada bazir air mata untuk mahkluk Allah yg tak sah baik menangis sbb takut dosa tak diampun Allah
try la tips aku ni ;)





Thursday, 22 May 2014

Penyakit PeRASAN

Perempuan...
Bila datang penyakit perasan
Habis gambar diupload jadi paparan.
Bila datang penyakit perasan,
anak remaja, dewasa dan mak orang pun penasaran..
Bila datang penyakit perasan
Gambar muka diedit hilang jerawat tanpa kesan..
Bila datang penyakit perasan 
Mahukan pujian..Tersengih sendirian..
Bila datang penyakit perasan
Jangan sampai jadi murahan...

Perempuan perasan...

Senjata syaitan merosakkan iman..
Penyakit perasan ni boleh menimpa sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan
Tapi biasanya perempuan lebih menonjol dan memberi lebih banyak mudarat serta berbahaya..
Kebiasaannya apabila seseorang perempuan bersolek,
memakai pakaian baru,
maka mereka berasa mereka lebih cantik dari kebiasaan dan mula terperasan..
Secara automatik akan timbul satu perasaan inginkan penghargaan atau inginkan pujian..
Maka mereka cuba menunjukkan kecantikan itu kepada orang-orang terdekat dengan harapan supaya dipuji..
Itu normal..

Tapi bagi yang ada penyakit perasan tahap kronik,

mereka tak mudah berpuas hati setakat menunjukkannya kepada orang terdekat di rumah..
Mereka mula mengambil gambar selfie sambil membuat gaya-gaya yang diyakini paling comel dan paling menarik..
Ditambah dengan software photo editing atau camera 360 maka penyakit perasan itu akan meningkat ke satu darjat yang lebih menakutkan..
Mereka mula mengupload gambar bajet comel tersebut di laman sosial dengan tujuan mendapatkan perhatian..
Apabila selalu dilakukan ianya bertukar menjadi kebiasaan dan tabiat
Malah ada yang tak segan silu meng”tag” friends mereka pada gambar mereka dengan caption “kalau suka like la..
Tak suka berambus..!
Komen yang murni-murni jew..

”Hatta gambar yang diupload itu secara logiknya tak layak dikomen yang murni-murni (tiada definisi jelas bagaimana komen yg murni tersebut)

Pada mulanya aku menganggap komen seperti “ Awak,kalau awak tutup aurat pakai tudung lagi comel. Allah pun suka” itu sebagai komen murni.. 
tapi nyata silap..
apabila komen itu biasanya akan di delete dan pengomen akan dimaki malah di “blocked”

Snap. Upload. Tag .Snap. Upload. Tag

Change profile picture.Change profile picture.Change profile picture
Berulang –ulang..
Tabiat ini bukan saja menjadi ketagihan anak gadis remaja,
malah yang dewasa dan mak-mak budak
Yang paling menyedihkan ianya menjangkiti para niqabis bertudung labuh yang begitu teruja menjaja gambar mata yang disolek menggoda..

Maka terpaksa pula dibuka bab baru membincangkan bagaimana penyakit perasan niqabis ini menjadi fitnahbuat tudung labuh dan niqabnya..

Kadang-kadang, 
gambar niqabis yang disolek menggoda itu lebih menggetarkan jiwa berbandingperempuan yang freehair..

Ternyata 

penyakit perasan ini menyerang tak pilih kasih..
Anak gadis berambut perang, 
para niqabis yang nampak sopan, 
cikgu perempuan yang bergaya sakan,
makcik pakai selendang bergelar isteri orang, 
atau janda berhias beranak sorang..

Sungguh, 

kecantikan dan kecomelan yang ditayang dan dipamerkan ini mampu menggoyahkan iman mana-mana lelaki yang rapuh iman
Tidak mustahil menerbangkan serban seorang imam..

Perempuan,

Janganlah terlalu bersangka baik dan berhusnudzon terhadap lelaki
Jangan menyangka bahawa kaum lelaki semuanya mampu menundukkan pandangan dan mempunyai iman yang teguh sehingga mampu membendung mata dari men"scan" tubuh badan KAMU..

Sesungguhnya 

ramai lelaki memiliki "MATA SCAN" yg berteknologi tinggi 
yang mampu menembusi setiap lapisan pakaian anda..
Lagikan jubah boleh tembus 
apedehal setakat T-Shirt adik yang ketat sendat dan nipis tu..

Dan kalau masih berdegil juga, 

jangan meroyan menyalahkan sesiapa 
jika ada gambar-gambar gedik anda dilihat muncul di dalam page2 
pengumpul koleksi gambar Gadis Melayu Cun atau Awek Seksi..

Redhalah, 

pasrahlah..  
Itu pilihan korang sendiri...

Juga, 

bila mati nanti, 
tolong jangan hadir ke dalam mimpi kawan-kawan 
atau mak ayah merayu.. 
supaya di delete akaun Facebook atau instagramnya.. 
Seram tau. Seram!

Jelas, 

dengan hanya sedikit suntikan virus perasan,
syaitan-syaitan sudah mampu bergelak ketawa,
bersenang lenang bergoyang kaki menyaksikan strategi dan percaturan mereka mula membuahkan hasil yang cukup berkesan..

Perempuan yang dijangkiti virus perasan ini

dengan rela menjadi senjata sang syaitan laknatullah 
untuk merosakkan iman mereka sendiri 
malah iman para lelaki yang kurang budiman..

Maaf kerana terpaksa menulis entri yang cukup mengguris hati ini..


(copy paste dr facebook)

Tuesday, 13 May 2014

aku pernah jahil .. kerana itu aku tahu..


Assalamualaikum semua...
Allahumma salli ala saidina muhammad waala alihi muhammad..

memang seronok bila dipandang dan sentiasa menjadi perhatian lelaki
seronok sgt
kena puji cantik, comel dan sebagainya
itu aku pernah laluii
selfie dgn singlet nampak aurat dgn seluas alam
tayang rambut ,tayang paha, tayang ketiak (ok ini tipu)
seronok sgt semua tu..
lg2 kalau gambar cantik komfem dpt perhatian lelaki
lepas tu post kat fb dapat puluhan dan ratusan like (ok tipu lagi)
seriusly semua tu aku da lalui 
rasa seronok sgt ..
kemudin satu demi satu lelaki nk ngorat 
wow seronoknya 
hot jugak aku ni

tapi untuk ape rase tu ??
kelak berdepan dgn Allah dan tiba masa untuk dicampak ke Neraka
ALLAH tanye mana org yg berduyun2 like gambar kau tu ?? 
mana yg rajin sgt komen puji kecomelan kau ??
panggillah dorg suruh selamatkan kau dari neraka ..
panggillah ?!
takde sape kan ??
takde sape akan dtg....

sedarlah kawan..
tak guna semua tu andai murka ALLAH atas diri..
aku penatlah ckp dgn kau nii
mcm2 aku post
kau like tp kau tak amek iktibar buat ape
kau tau tak
aku menangis tgk gambar kau mcm tu
aku bukan belagak baik sbb aku pun pernah jahil mcm tuu
tolonglah we..
makin banyak like makinn banyak dosa kau sbnrnya..
Allahhu

we...
tolonglah..
kau marahkan bila llaki ckp yg bukan2 pasal body kau
tapi kenapa kau sewenang2nya tayang diri kau
aduh we..
aku ..
sayang sgt kat kau weh :'(
kalau melutut dpan kau boleh buat kau tutup aurat aku sanggup buat
kau nak jwp ape dpn Allah nanti
kita akan mati we...
aku cuma nak masuk syurga sama2 dgn kau... :'(
tutup la aurat we..

aku pernah jahil we..
tapi percayalah
nikmat kembali pada Allah itu..
Allah tak dpt nk gambarkan dgn kata2..
nikmat sgt..

Friday, 11 April 2014

something wrong with me....

Assalamualaikum semua...
Allahumma salli ala saidina muhammad waala alihi muhammad..

ntah knp..
lately ni aku rase biase je.. tp mcm tak tenang..

sbnrnya...
sejak aku menemui jalan kembali pada Tuhan ku yang satu Allah s.w.t..
aku sering menangis dlm solat ku .. dlm doa ku..
dan waallahi ..
aku benar2 dlm keadaan tenang yg amat sgt...

tapi lately ni..
aku da jarang alami benda tu..
aku khuatir aku akan kehilangan cinta Ilahi buat kali kedua..
kerana aku yakin aku takkan gembira sekiranya perkara itu terjadi..

aku cube fikirkan kembali..
ape yg membuatkan aku rasa kehilangan nikmat cinta Allah itu..
bila aku fikirkan ..
aku rasa aku temui jawapannya...

dulu..
mase mula2 aku mula mengenal cintanya ..
aku rajin solat pada awal waktu tanpa kenal erti penat..
aku tabahkan diri bangun di malam hari untuk berdating dengan Ya Rabb
aku mengalirkan air mata tatkala tangan ini diangkat bagi memohon kepadaNya..
sungguh nikmat rasa itu..
ALLAHUAKBAR .. :')

kini..
aku perlahan2 kehilangan nikmat itu..
knp agaknye..

bila aku teliti kehidupan aku yg makin sibuk dgn pelbagai urusan dunia ini..
aku sedar ..
aku sebenarnya yang sendiri perlahan2 meninggalkan nkmat itu.
malam ku aku sibukkan diri dengan kerja kursus..
bukan lg solat tahajud..
solat harian ku bukan lg di awal waktu ..
bahkan banyak yg aku qadakan solat..
doa harian ku..
tidak lg dengan tangisan tetapi hanya ala kadar..
Allahurabbi..

betapa mudahnya ku lalai mengingati Mu..
dan kini aku benar2 merindui nikmat2 itu..
bantu aku Ya Allah..
jgn biarkan hamba Mu ini terlampau leka dlm urusan dunia..
aku tidak mahu kehilangan cinta Mu buat kali kedua...
cukuplah..
kehilangan Cinta yang satu dari Mu benar2 melukakan hati ku..
jgn palingkan hati ku dari cinta Mu Wahai Tuhan yang mengenali aku dengan sebenar2nya..
:'(

aku khuatir azab Mu ya Allah...
aku takut murka Mu ya Allah...
aku rindukan Engkau Ya Allah.
dan aku tahu..
kau memberikan aku rasa 'kehilangan' ini kerana kau juga merindui hamba Mu yg hina ini..
betapa luas rahmat Mu untuk hamba sekerdil aku..
ampuni aku...

sahabat...
cinta kepada makhluknya hanya akn mengakibatkan kesakitan hati...
kerna ku pernah mengalaminya..

tapi bercintalah dengan Tuhan Mu..
nescaya kau takkan pernah terluka..

assalamualaikum..

Sunday, 16 March 2014

kami umat Muhammad s.a.w

Allahuakbar..
assalamualaikum semua...

mcm biasa tiap mlm2 aku online fb aku
scroll punya scroll aku ternampak someone share post pasal 6 remaja yang mati akibat dadah mase dtg konsert fmfa kat bukit jalil..
aku pun ape lagi dengan lajunya cari incik google
bila aku tgk je gmbar remaja melayu yang meninggal dsbbkan overdose dadah tu air mata aku terus mengalir..
dah nama melayu semestinya islam ..
ALLAH...
mengalir air mata aku sbb aku tau cara malaikat maut jemput dia amat menyeksakan ..
kedua sbb aku kesian sgt dengan Nabi aku Nabi Muhammad s.a.w ..
Ya Allah ramainya umat nabi yang bercampur lelaki perempuan , berhimpun dalam keadaan berbaju tapi telanjang , berhimpun dalam keadaan mengejar syurga dunia..

Tidak pernah sampaikah kepada mereka ayat2 Allah yang menerangkan azab2 Allah di neraka kelak..
Tidak pernah dengarkah mereka betapa banyak pengorbanan yang dilakukan kekasih Allah hanya kerana cintanya yang tinggi kepada umatnya..
Tidak pedulikah mereka betapa lama Nabi ku bersujud hanya kerana meminta keampunan untuk umatnya..

Ya Allah .. aku tak mampu berkata2 yang indah2
namun aku berharap dan aku mohon ya Allah..
jgn jadikan aku dan keluarga ku dalam golongan org2 yang mengecewakan kekasihMu Muhammad
jgn jadikan kami golongan yang mensia2kan airmata Nabi Muhammad
jgn jadikan kami golongan yang mendapat kemurkaan mu ya ALLAH

Ya ALLAH Nabi ku Muhammad berdoa selama berjam2 , merintih , merayu , bersujud pada Mu semata2 meminta Engkau mengampunkan dosa kami umatnya !!! kami umatnya !!! termasuk puluhan ribu yang melakukan maksiat itu !!! umatnya ya ALLAH.. :'(

Kelak di akhirat apabila engkau paparkan ngauman neraka mu pada keseluruhan hamba2 mu cuma dialah Muhammad s.a.w satu2nya nabi yang meminta Engkau menyelamatkan kami umatnya dari neraka itu..
berbanding dirinya sendiri...

tapi mengapa ya Allah..
mengapa ini yang mereka balas atas pengorbanannya???!!!
mengapa mereka sanggup melukakan hatinya ??!!
Allahuakbar..
kasihanilah Nabi kita rakan taulan... :'(
kerana pengorbananya kita bergelar Islam..
kerana dirinya kita lebih disayangi Allah berbanding umat yang lain

Allahumma salli ala muhammad wa'ala alihi saydina muhammad

Moga aku antara umat yang dicintai baginda..
Aku merindui mu Ya Rasulullah..

Saturday, 15 March 2014

wa gerenti post ni bosan

Assalamualaikum semua..
selawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w
(Allahhumma salli ala saydina Muhammad waala alihi saidina Muhammad )

ni merupakan post aku yang pertama sejak buat blog ni untuk beberapa jam yang lalu
moga post2 aku mendapat keredhaan Allah s.w.t kerana aku yakin semua ini akan disoal di akhirat kelak..
Allahuakbar..

berbalik pada tajuk.. eceh ajet2 da lame wat blog.. suke ati den la nak merapu ape pun
astaghfirullah ape eku meraban nie..

okela2 ..
Nurul Izzati binti Mahadi
popuan ni... kwn aku.. yg aku nak sgt2 masuk syurga dgn dia :')
dsebabkan dengan perancangan nak tido umah minah ni laa terjadinya blog aku ni
seminggu sebelum tu dy ade ckp sewa rumah dy nak naik so dy ngan family dy nk move out
da nama pun bespreng mestilah aku sodeh and nak make konon2 last moment dgn minah ni memandangkan dy nk pindah jauh kompem2 jarang jumpe
setelah mendapat keizinan dari mak bapak aku
aku pun packing lappy aku untuk ke rumah minah tersebut sbb da plan nak wat blog sesame katenya
happy giler popuan nieh
adeh.. suddenly aku dpt tau dy tipu jeww..
hahahahah ( bpak booosannnn post aku ni... sory korg T.T)

ahh masuk terus je la why minah ni jadi bestpreng aku
aku kenal dia mase ktowg form four lgy
now aku da upper six
mase aku from four n form five aku berada dizaman kegelapan 
di mana ketika itu aku dibuli secara mental dan emosi oleh satu kelas budak kelas aku
mase tu jugaklah sebenarnya ALLAH tengah uji aku..
tp aku terlalu jahil sampai tek reti nak handle situation
mase tu aku memang jauh dari ALLAH.. jauh sgt..
tp dsbbabkan rahmat ALLAH yg maha luas untuk hamba sehina aku .. inilah aku sekarang . :')
(post ni memang tak kena langsung dgn tajuk... atee kome.. lantak la mike nak taip ape ponnn .. da mike punye belogg..)
adoiii.. nak citer semua memang penat la wa nak menaip oii
jarum ketot jam da menunjuk ke 1 dan yg tinggi ke 45
kawan aku pun tongah sodap landing atas pinggang aku nii
adehh 
nanti2 la aku  sambung 
sebarang pertanyaan dan pencarian disilakan telepon ke nomer 999

Assalamualaikum ..