Thursday, 22 May 2014

Penyakit PeRASAN

Perempuan...
Bila datang penyakit perasan
Habis gambar diupload jadi paparan.
Bila datang penyakit perasan,
anak remaja, dewasa dan mak orang pun penasaran..
Bila datang penyakit perasan
Gambar muka diedit hilang jerawat tanpa kesan..
Bila datang penyakit perasan 
Mahukan pujian..Tersengih sendirian..
Bila datang penyakit perasan
Jangan sampai jadi murahan...

Perempuan perasan...

Senjata syaitan merosakkan iman..
Penyakit perasan ni boleh menimpa sesiapa sahaja tak kira lelaki atau perempuan
Tapi biasanya perempuan lebih menonjol dan memberi lebih banyak mudarat serta berbahaya..
Kebiasaannya apabila seseorang perempuan bersolek,
memakai pakaian baru,
maka mereka berasa mereka lebih cantik dari kebiasaan dan mula terperasan..
Secara automatik akan timbul satu perasaan inginkan penghargaan atau inginkan pujian..
Maka mereka cuba menunjukkan kecantikan itu kepada orang-orang terdekat dengan harapan supaya dipuji..
Itu normal..

Tapi bagi yang ada penyakit perasan tahap kronik,

mereka tak mudah berpuas hati setakat menunjukkannya kepada orang terdekat di rumah..
Mereka mula mengambil gambar selfie sambil membuat gaya-gaya yang diyakini paling comel dan paling menarik..
Ditambah dengan software photo editing atau camera 360 maka penyakit perasan itu akan meningkat ke satu darjat yang lebih menakutkan..
Mereka mula mengupload gambar bajet comel tersebut di laman sosial dengan tujuan mendapatkan perhatian..
Apabila selalu dilakukan ianya bertukar menjadi kebiasaan dan tabiat
Malah ada yang tak segan silu meng”tag” friends mereka pada gambar mereka dengan caption “kalau suka like la..
Tak suka berambus..!
Komen yang murni-murni jew..

”Hatta gambar yang diupload itu secara logiknya tak layak dikomen yang murni-murni (tiada definisi jelas bagaimana komen yg murni tersebut)

Pada mulanya aku menganggap komen seperti “ Awak,kalau awak tutup aurat pakai tudung lagi comel. Allah pun suka” itu sebagai komen murni.. 
tapi nyata silap..
apabila komen itu biasanya akan di delete dan pengomen akan dimaki malah di “blocked”

Snap. Upload. Tag .Snap. Upload. Tag

Change profile picture.Change profile picture.Change profile picture
Berulang –ulang..
Tabiat ini bukan saja menjadi ketagihan anak gadis remaja,
malah yang dewasa dan mak-mak budak
Yang paling menyedihkan ianya menjangkiti para niqabis bertudung labuh yang begitu teruja menjaja gambar mata yang disolek menggoda..

Maka terpaksa pula dibuka bab baru membincangkan bagaimana penyakit perasan niqabis ini menjadi fitnahbuat tudung labuh dan niqabnya..

Kadang-kadang, 
gambar niqabis yang disolek menggoda itu lebih menggetarkan jiwa berbandingperempuan yang freehair..

Ternyata 

penyakit perasan ini menyerang tak pilih kasih..
Anak gadis berambut perang, 
para niqabis yang nampak sopan, 
cikgu perempuan yang bergaya sakan,
makcik pakai selendang bergelar isteri orang, 
atau janda berhias beranak sorang..

Sungguh, 

kecantikan dan kecomelan yang ditayang dan dipamerkan ini mampu menggoyahkan iman mana-mana lelaki yang rapuh iman
Tidak mustahil menerbangkan serban seorang imam..

Perempuan,

Janganlah terlalu bersangka baik dan berhusnudzon terhadap lelaki
Jangan menyangka bahawa kaum lelaki semuanya mampu menundukkan pandangan dan mempunyai iman yang teguh sehingga mampu membendung mata dari men"scan" tubuh badan KAMU..

Sesungguhnya 

ramai lelaki memiliki "MATA SCAN" yg berteknologi tinggi 
yang mampu menembusi setiap lapisan pakaian anda..
Lagikan jubah boleh tembus 
apedehal setakat T-Shirt adik yang ketat sendat dan nipis tu..

Dan kalau masih berdegil juga, 

jangan meroyan menyalahkan sesiapa 
jika ada gambar-gambar gedik anda dilihat muncul di dalam page2 
pengumpul koleksi gambar Gadis Melayu Cun atau Awek Seksi..

Redhalah, 

pasrahlah..  
Itu pilihan korang sendiri...

Juga, 

bila mati nanti, 
tolong jangan hadir ke dalam mimpi kawan-kawan 
atau mak ayah merayu.. 
supaya di delete akaun Facebook atau instagramnya.. 
Seram tau. Seram!

Jelas, 

dengan hanya sedikit suntikan virus perasan,
syaitan-syaitan sudah mampu bergelak ketawa,
bersenang lenang bergoyang kaki menyaksikan strategi dan percaturan mereka mula membuahkan hasil yang cukup berkesan..

Perempuan yang dijangkiti virus perasan ini

dengan rela menjadi senjata sang syaitan laknatullah 
untuk merosakkan iman mereka sendiri 
malah iman para lelaki yang kurang budiman..

Maaf kerana terpaksa menulis entri yang cukup mengguris hati ini..


(copy paste dr facebook)

No comments:

Post a Comment